BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 23, 2011

JAMBU BATU

ketika sedang rancak mulut ku ini mengunyah gunyah jambu batu yg dipetik tibe tibe terlintas di dlm ku ini untuk megupas apakah khasiat yang ada di dalam sebijik buah jambu batu...bile ku wat research mebenai jambu batu nie... teruja nye aku....nk tau ape yg sgt aku teruja ialah...tp aku bgtau last sekali la... kn...heheheh

diantara khasiat khasiat jambu batu ialah

1.Mengandungi kalsium,vitamin A,B,C, zat besi, protein dan serat.
2.Baik untuk mengubati sakit perut, cirit birit
3.Mengubati kencing yang kerap, luka-luka dan sakit kulit


ini pula ada lah kata kata dr seorg doktor yg mengatakan jambu batu itu amat la berkhasiat

Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia ...

Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.

Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.

Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.

Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.

"Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau.


dah tau belum ape yg aku teruja sgt..pasal jambu batu..hehe nampk x ape yg aku higlight tu kn.. x mau citer bnyk la kn...


semoga seronok membace ye...

0 comments: